Saturday, October 9, 2010

Isu Tanah Di Balik Pulau



PULAU PINANG 6 Okt. - Persoalan mengenai pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kaum Cina di Balik Pulau di sini yang timbul awal tahun ini semakin terjawab apabila kerajaan negeri dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk tujuan itu.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Syed Amerruddin Syed Ahmad ketika mendedahkan perkara itu berkata, pewartaan itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 15 Ogos lalu.
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa tanah itu diwartakan khusus untuk diambil-alih bagi tujuan membina sebuah cawangan universiti yang berpangkalan di Singapura dan selebihnya dikatakan untuk tujuan awam.
"Apabila siap nanti 4,000 hingga 5,000 orang pelajar dianggarkan menuntut di universiti itu. Jumlah ini belum lagi meliputi hampir 2,000 tenaga pengajar dan staf universiti dari republik itu yang akan dibawa ke sini.

Strategi menghalau penduduk berketurunan melayu menjadi agenda utama Khalifah Lim Guan Eng Ketua Menteri,Pulau Pinang.Pelaksanaan untuk penempatan kaum cina berjalan lancar,Plan untuk menjadikan Balik Pulau sebagai Education Hub oleh Khalifah Lim Guan Eng sebenarnya adalah berbentuk serampang 2 mata.

Dalam beberapa kenyataan lidah bercabang beliau,hanya nama Al-Azhar disebut sebagai salah satu universiti yang menjadi cadangan,sebaliknya langsung tidak menyebut Nanyang Universiti.Nanyang Unversiti adalah dari negara Singapura,Orang melayu harus sedar dan bangun daripada tidur nyenyak,tidak mustahil keturunan Melayu di Balik Pulau akan lenyap kerana staf Nanyang Universiti terdiri hampir 2,000 yang terdiri dari kaum cina dari Singapura.

Cuba fikir-fikirkan jika seorang staf itu berkeluarga 3 orang.Berapakah jumlah jika 4,000 orang yang mempunyai keluarga 3 orang?.tindakan Guan Eng salah satu usaha terdesak untuk menghalau melayu agar keluar dari Pulau Pinang ,jika Bewak itu benar-benar tidak punyai niat lain mengapa tidak mengunakan saja tanah di Kepala Batas?kenapa pula di sebelah pulau?

Pusaka amat berasa sedih jika perancangan menghalau ini menjadi kenyataan,kerana di situlah Allahyarham Bonda Pusaka dilahirkan dan dibesarkan.Malah turut sedih kampung tradisi yang dihuni ratusan tahun akan lenyap.Orang Melayu tidak mengira mana-mana parti politik atau mana-mana NGO harus bersatu dan halang, bukan bersatu menyemakkan diri berdemontrasi di jalanraya tetapi harus bersatu mengharamkan sama sekali parti DAP.

2 comments:

  1. Salah siapa ??????
    tanah di bukit genting lebih 80% TANAH MILIK ORANG MELAYU..........................

    ReplyDelete